Monday 31 October 2011

fakta yang sedih

ari ni doktor bg tau yang gigi garham saya tidak dapat diselamatkan lagi..huhu:-(

Friday 28 October 2011

DUGAAN TUHAN

dah 4 ari berturut-turut gigi aku sakit..huhu

by mr. rem

7 PERKARA

1.Bismillahirrahmanirrahiim
Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah
Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah
jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah
bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun
jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah
bacalah siang & malam sebanyak2nya.


Rasulullah bersabda:

“Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."

Monday 24 October 2011

AHLI NERAKA

11 GOLOGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu... hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah- lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dandarah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
Mereka memang kaya…tapi ramai rakyat Malaysia yang masih hidup dalam kedhaifan dan beberapa nama yang tersenarai ini adalah antara orang-orang besar dalam beberapa GLC milik Kerajaan…
Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2010 Menurut Majalah Malaysian Business
1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)
3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)
4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)
5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)
7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)
8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)
9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)
10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)
11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)
12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)
13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)
14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)
15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)
16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)
17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)
18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)
19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)
20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)
21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)
22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)
23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)
24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)
25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)
26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)
27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)
28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)
29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)
30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)
31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)
32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)
33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)
34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)
35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)
36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)
37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)
38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)
39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)
40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)
Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2009 menurut Forbes Asia:
1. Robert Kuok AS$ 9 billion, 85, berkahwin, 8 orang anak.
2. Ananda Krishnan AS$ 7 billion, 71, berkahwin, 3 orang anak.
3. Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion, 70, berkahwin, 6 orang anak.
4. Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion, 80, janda, 6 orang anak.
5. Teh Hong Piow AS$ 2.4 billion, 79, berkahwin, 4 orang anak.
6. Quek Leng Chan AS$ 2.3 billion, 68, berkahwin, 3 orang anak.
7. Yeoh Tiong Lay AS$ 1.8 billion, 79, berkahwin, 7 orang anak.
8. Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion, 57, berkahwin, 5 orang anak.
9. Tiong Hiew King AS$ 1 billion, 74, berkahwin, 4 orang anak.
10. Vincent Tan AS$ 750 juta, 57, berkahwin, 11 orang anak.
11. Azman Hashim AS$ 470 juta, 69, berkahwin, 5 orang anak.
12. William H.J. Cheng AS$ 390 juta, 66, berkahwin, 3 orang anak.
13. G. Gnanalingam AS$ 260 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.
14. Lim Kok Thay AS$ 225 juta, 57, berkahwin, 3 orang anak.
15. Anthony Fernandes AS$ 220 juta, 45, berkahwin, 2 orang anak.
16. Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.
17. Lee Oi Hian AS$ 210 juta, 58, berkahwin, 4 orang anak.
18. Chan Fong Ann AS$ 209 juta. 78, berkahwin.
19. Kamarudin Meranun AS$ 205 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.
20. Chong Chook Yew AS$ 200 juta, 87, janda, 4 orang anak.
21. Chen Lip Keong AS$ 195 juta, 61.
22. Lee Swee Eng AS$ 190 juta, 53, berkahwin.
23. Jeffrey Cheah AS$ 185 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.
24. Lim Wee Chai AS$ 180 juta, 51, berkahwin, 2 orang anak.
25. Ahmayuddin Ahmad AS$ 175 juta, 52, berkahwin, 4 orang anak.
26. Lee Hau Hian AS$ 174 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.
27. Lau Cho Kun AS$ 165 juta, 73, berkahwin.
28. Vinod Sekhar AS$ 150 juta, 41, berkahwin, 2 orang anak.
29. Liew Kee Sin AS$ 140 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.
30. Tiah Thee Kian AS$ 135 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.
31. Rozali Ismail AS$ 130 juta, 53, berkahwin.
32. Lin Yun Ling AS$ 115 juta, 54, berkahwin, 2 orang anak.
33. Yaw Teck Seng AS$ 113 juta, 71, berkahwin.
34. Goh Peng Ooi AS$ 112 juta, 53.
35. Eleena Azlan Shah AS$ 110 juta, 49, berkahwin, 2 orang anak.
36. David Law Tien Seng AS$ 105 juta.
37. Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 100 juta, 61, berkahwin, 3 orang anak.
38. Hamdan Mohamad AS$ 98 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.
39.  Tan Teong Hean AS$ 95 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.
40. Kua Sian Kooi AS$ 90 juta, 56, berkahwin, 4 orang anak.
Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2008 menurut Forbes Asia:
  1.  Robert Kuok AS$ 10 billion, 84, berkahwin, 8 orang anak.
    Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International
  2.  Ananda Krishnan AS$ 7.2 billion, 70, berkahwin, 3 orang anak.
    Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks
  3.  Lee Shin Cheng AS$ 5.5 billion, 69, berkahwin, 6 orang anak.
    IOI Group
  4.  Teh Hong Piow AS$ 3.5 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.
    Public Bank
  5.  Lee Kim Hua & family AS$ 3.4 billion, 79, janda, 6 orang anak.
    Genting Group
  6. Quek Leng Chan AS$ 2.4 billion, 67, berkahwin, 3 orang anak.
    Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group
  7. Yeoh Tiong Lay and family AS$ 2.1 billion, 78, duda, 7 orang anak.
    YTL Corporation
  8. Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.8 billion, 56, berkahwin, 5 orang anak.
    Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia
  9. Vincent Tan AS$ 1.3 billion, 56, berkahwin, 11 orang anak.
    Berjaya Group
  10.  Tiong Hiew King AS$ 1.1 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.
    Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies
  11.  Azman Hashim AS$ 700 juta, 68, berkahwin, 5 orang anak.
    AMCorp Group, Ambank
  12.  William H. J. Cheng AS$ 660 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.
    Lion Group
  13.  Lee Swee Eng AS$ 495 juta, 52, berkahwin.
    KNM Group
  14.  Ong Beng Seng AS$ 470 juta, 63, berkahwin, 2 orang anak.
    Hotel Properties Ltd, Natsteel
  15.  Lim Kok Thay AS$ 345 juta, 56, berkahwin, 3 orang anak.
    Genting Group, Star Cruises. Alliance Global
  16.  Vinod Sekhar AS$ 320 juta, 40, berkahwin, 2 orang anak.
    Petra Group, Green Rubber Global
  17.  Lee Oi Hian AS$ 300 juta, 57, berkahwin, 4 orang anak.
    Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn
  18.  Yaw Teck Seng AS$ 295 juta, 70, berkahwin.
    Samling Group
  19.  Anthony Fernandes AS$ 290 juta, 44, berkahwin.
    AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X
  20.  Mokhzani Mahathir AS$ 285 juta, 47, berkahwin, 5 orang anak.
    Kencana
  21.  Kamarudin Meranun AS$ 280 juta, 47, berkahwin, 5 orang anak.
    AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X
  22.  Jeffrey Cheah AS$ 275 juta, 63, berkahwin, 3 orang anak.
    Sunway Group
  23.  Lee Hau Hian AS$ 250 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.
    Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong
  24.  Chong Chook Yew AS$ 245 juta, 86, janda, 4 orang anak.
    Selangor Properties
  25.  Yaw Chee Ming AS$ 240 juta, 49, berkahwin.
    Samling Group
  26.  G. Gnanalingam AS$ 230 juta, 63, berkahwin, 3 orang anak.
    Westports
  27.  Lim Wee Chai AS$ 200 juta, 50, berkahwin, 2 orang anak.
    Top Glove
  28.  Kua Sian Kooi AS$ 195 juta, 55, berkahwin, 4 orang anak.
    Kurnia Asia
  29.  Lau Cho Kun AS$ 185 juta, 72, berkahwin.
    Gek Poh Holding, Malaysian Mosaics, Hap Seng
  30.  Abdul Hamed Sepawi AS$ 180 juta, 58, berkahwin, 2 orang anak.
    Ta Ann
  31.  David Law Tien Seng AS$ 165 juta.
    Midwest, Sinosteel, T.S.Law Holding
  32.  Tiah Thee Kian AS$ 163 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.
    TA Enterprise
  33.  Liew Kee Sin AS$ 160 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.
    SP Setia
  34.  Ahmayuddin Ahmad AS$ 155 juta, 51, berkahwin, 4 orang anak.
    Westports, Pelikan
  35.  Eleena Azlan Shah AS$ 150 juta, 48, berkahwin.
    Gamuda
  36.  Lin Yun Ling AS$ 145 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.
    Gamuda
  37.  Ong Leong Huat AS$ 130 juta, 64, berkahwin, 4 orang anak.
    OSK Group
  38.  Lim Thian Kiat USD 115 juta, 50, bercerai.
    Former head of conglomerate Multi-Purpose
  39.  Khoo Kay Peng USD 110 juta, 69.
    MUI, Laura Ashley
  40.  Nazir Razak USD 100 juta, 41, berkahwin.
    CIMB, Bumiputra Commerce Holdings
Senarai 40 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2007;
  1.  Robert Kuok USD 5.6 billion
    83 tahun, berkahwin, 8 orang anak.
    Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group
  2.  Ananda Krishnan USD 4.6 billion
    68 tahun, bercerai, 3 orang anak.
    Maxis Comminications, Aircel Ltd, Powertek Berhad.
  3.  Teh Hong Piow USD 2.1 billion
    76 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
    Public Bank.
  4.  Lee Shin Cheng USD 2.05 billion
    67 tahun, berkahwin, 6 orang anak.
    IOI
  5.  Quek Leng Chan USD 2 billion
    65 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
    Hong Leong Group, Guoco Group.
  6.  Lim Goh Tong USD 1.5 billion
    88 tahun, berkahwin, 6 orang anak.
    Genting Groups.
  7.  Yeoh Tiong Lay USD 1.1 billion
    76 tahun, berkahwin, 7 orang anak.
    YTL Corporation.
  8.  Tiong Hiew King USD 1.05 billion
    70 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
    Rimbunan Hijau Group, Ming Pao Enterprises.
  9.  Syed Mokhtar AlBukhary USD 1 billion
    54 tahun, berkahwin, 5 orang anak.
    Malaysia Mining Corporation(MMC)
  10.  Lim Kok Thay USD 440 juta
    54 tahun, berkahwin. Anak Lim Goh Tong (no.6)
    Genting Group, Star Cruises.
  11.  Azman Hashim USD 405 juta
    66 tahun, berkahwin, 5 orang anak.
    AM Group, Ambank.
  12.  Vincent Tan USD 355 juta
    54 tahun, berkahwin.
    Berjaya Group.
  13.  Kua Sian Kooi USD 285 juta
    54 tahun.
    Kurnia Asia.
  14.  Lim Wee Chai USD 210 juta
    48 tahun, berkahwin, 2 orang anak.
    Top Glove.
  15.  Anthony Fernandes USD 205 juta
    42 tahun, berkahwin.
    AirAsia.
  16.  Vinod Sekhar USD 200 juta
    37 tahun, berkahwin, 2 orang anak.
    Petra Group.
  17.  G. Gnanalingam USD 170 juta.
    62 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
    Westports (rakan kongsi Ahmadayuddin no.24)
  18.  Kamarudin Meranun USD 165 juta
    45 tahun, berkahwin.
    Executive Director (Corporate Finance) AirAsia.
  19.  Chong Chook Yew USD 145 juta.
    84 tahun, janda (balu kepada Wen Tien Kuang), 4 orang anak.
    Selangor Properties
  20.  Hamdan Mohamad USD 140 juta.
    50 tahun.
    Ranhill Group.
  21.  Jeffrey Cheah USD 125 juta.
    Sunway Group.
  22.  Mustapha Kamal Abu Bakar USD 120 juta.
    57 tahun.
    MK Land.
  23.  Abdul Hamid Sepawi USD 120 juta.
    56 tahun.
    Ta Ann, Naim Cendera
  24.  Ahmadayuddin Ahmad USD 115 juta.
    50 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
    Westports (rakan kongsi G Gnanalingam no.17)
  25.  Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir USD 110 juta.
    59 tahun.
    Killinghall, bekas pengerusi dan pemegang saham terbesar Southern Bank.
  26.  Lee Hau Hian USD 100 juta
    53 tahun.
  27.  Lee Oi Hian USD 100 juta
    55 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
  28.  Lee Soon Hian USD 100 juta
    49 tahun.
    Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn.
  29.  Tiah Thee Kian USD 95 juta.
    58 tahun, berkahwin.
    TA Enterprise
  30.  Tan Teong Hean USD 95 juta.
    63 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
    Bekas Ketua Pengarah Executive Southern Bank.
  31.  Lim Thian Kiat USD 95 juta.
    47 tahun.
    Bekas Pengerusi Multi Purpose Holdings.
  32.  Yaw Teck Seng USD 90 juta.
    68 tahun.
    Samling Group, Lingui Development, Glenealy Plantations.
  33.  Lim Tong Yong USD 85 juta.
    56 tahun.
    Bekas Ketua Executive Pantai Group.
  34.  John Chia USD 80 juta.
    57 tahun.
    Unisem
  35.  Rozali Ismail USD 80 juta.
    50 tahun.
    Puncak Niaga.
  36.  Ong Leong Huat USD 75 juta.
    62 tahun.
    OSK Group.
  37.  Lau Cho Kun USD 75 juta.
    Malaysian Mosaics.
  38.  William Cheng USD 70 juta.
    63 tahun.
    Lion Group
  39.  Shaari Ismail USD 70 juta
    51 tahun.
    Pemegang saham Puncak Niaga, abang Rozali Ismail (no.35).
  40.  Kasi K.L. Palaniapan USD 65 juta
    48 tahun.
    MK Land (rakan kongsi Mustapha Kamal no.22)

Senarai terbaru 20 terkaya di dunia

NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009 yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:
1. Bill Gates (AS$40 bilion – Microsoft – Amerika Syarikat)
2. Warren Buffett (AS$37 bilion – Berkshire Hathaway – AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion – Telecoms – Mexico)
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) – Oracle – AS)
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion – Ikea – Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) – Aldi – Jerman)
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) – petrokamia – India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) – besi – India
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) – Aldi – Trader Joe’s – Jerman
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) – Zara – Sepanyol)
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) – Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) – Wal-Mart – AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) – Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) – Wal-Mart AS)
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) – LVMH – Perancis.
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) – Hong Kong.
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) – Bloomberg, AS)
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) – Hennes and Mauritz, Sweden)
19. Charles Koch, AS$14 bilion – pembuatan, tenaga – AS)
20 David Koch (AS$14 bilion) – pembuatan, tenaga – AS) – AFP
hari ni 1st presentation untuk aplikasi komputer bersama kumpulan. langsung x ready.haha

MATA

Ada apa dengan mata?
Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.
Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.
''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik.''
Allah berfirman :
"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." [Surah Al-Mulk :12]
Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?
Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.
Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

Batas Pergaulan Lelaki Dan Perempuan

Pergaulan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram pada prinsipnya tidak dilarang Islam. Akan tetapi ia hendaklah berlaku di dalam lingkungan batasan-batasan yang telah ditetapkan.
Berikut kami paparkan di antara batassan pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahram yang di gariskan oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam fatwa Mu'asyirah :
1. Menahan pandangan dari dua belah pihak.
Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka." (Surah al-Nur:30-31)
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya.
Firman Allah yang bermaksud:
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." (Surah al-Nur : 31)
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.
3. Hendaklah menjaga adab-adab sebagai seorang muslimah dalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:
  1. Perkataan - elakkan daripada menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
  2. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
  3. Pergerakan - tidak melenggang-lenggok.
4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna-warna yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu di dalam batas-batas keperluan sahaja, tidak berlebih-lebihan.

Berikut pula adalah batasan-batsan yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah:
1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duaan disuatu tempat yang tidak ada orang yang nampak.
2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah ke atas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki ke arah perkara-perkara yang tidak baik atau perasaan mereka.
3. Sentuhan fizikal - bersentuh lelaki dan perempuan.
Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa-apa majlis terebut.
Syiekh Muhammad al-Munajjid juga ada mengariskan beberapa batasan2 yang tertentu dalam pergaulan tersebut, diantaranya :
1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang diluar topik perbincangan.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi seperti umur dan seumpamanya.
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan di dalam hati.
Kesimpulannya, lelaki dan wanita bukan mahram dibenarkan bergaul dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Pertemuan tersebut hanya berlaku berdasarkan keperluan, contohnya : keperluan belajar, berdakwah, merawat pesakit dan seumpanya.

Friday 21 October 2011

RENUNGAN

sabda rasulullah s.a.w. maksudnya:Dalam dunia,kalau ada 3 perkara ini,maka kamu sudah dapat semuanya iaitu rumah yang kamu rasa selesa,pakaian yang menutup aurat,makanan dan minuman.Selain daripada itu akan menyusahkan diri kamu.
renung-renungkan dan selamat beramal..:-)

Thursday 13 October 2011

Ya Allah, Manisnya Hidayah-Mu

Coretan saya ini, sekadar ingin berkongsi kisah benar kehidupan seorang lelaki (yang ingin dikenali sebagai Adam) yang dipilih Allah untuk berhijrah daripada kehidupannya yang gelap kepada cahaya. Allah berfirman yang bermaksud:
"Allah pelindung orang-orang yang beriman; dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (Surah Al-Baqarah:257)

Latar Belakang
Sedikit latar belakang kisah sewaktu kecilnya. Dia merupakan seorang anak yang begitu tinggi sifat ingat tahunya dan seperti kanak-kanak yang secara amnya bersifat nakal. Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang disamping didikan agama yang baik namun dari sudut pergaulannya, dia amat dikawal rapi oleh kedua orang tuanya sehinggakan dipetang hari tika kanak-kanak yang lainnya bersuka-ria, dia hanya sekadar bermain di halaman rumahnya atau di rumah jiran rapat kepada ibu ayahnya sahaja.
Dia pula dihantar ke sekolah yang terletak di bandar dengan alasan takut kalau-kalau Adam menjadi liar jika bercampur gaul dengan kanak-kanak di kampungnya. Begitulah warna-warni kehidupan Adam, dimana perkembangannya tidak begitu memberansangkan kerana masanya yang banyak dihabiskan di rumah bersama ibu, ayah, kakak dan adik perempuannya. Namun sebagai seorang anak, apa sahaja yang boleh dilakukan, melainkan mendiamkan diri dan mengikut rentak keluarganya. Dalam diam pemberontakan dalam diri yang sangat hebat berlaku.
Sifat ingin tahunya hanya banyak menimbulkan tanda tanya tanpa penjelasan dan dorongan keluarga, Adam lebih banyak belajar dengan caranya sendiri dari sumber-sumber seperti televisyen, movie termasuk video pornografi, observation terhadap keluarga serta kawan-kawannya dan lain-lain lagi, namun banyak ilmu negatif daripada positif, pengetahuan yang ada, kekal dalam dirinya. Kehidupannya seperti kata-kata dari Prince Charles, "I learned the way a monkey learns - by watching its parents." Kerana kebiasaan bersama adik beradik perempuan, Adam mempunyai lebih ramai kawan perempuan berbanding kawan lelaki kerana sikapnya yang mudah mesra dengan perempuan sewaktu dia dibangku sekolah, namun dia bukanlah dalam kategori lelaki yang lembut.
Bergelar Mahasiswa
Apabila tamat zaman persekolahannya, Adam melanjutkan pelajarannya ke sebuah institusi pengajian swasta. Dimana Adam jauh dari keluarga dan perlu berdikari dengan berbekalankan pengetahuan yang ada bagi meniti kehidupan sebagai seorang yang bergelar mahasiswa. Ilmu agama yang dia miliki pula tidak begitu mantap, hanya sekadar mengetahui ilmu itu seperti subjek-subjek lain yang dipelajarinya disekolah. Pelbagai perkara yang menjadi tanda tanya dalam dirinya selama ini, yang dari pelbagai sudut tentang sesuatu perkara, cuba dicari dan dikupas satu persatu.
Karakter yang sudah sebati dalam diri, yang mudah mesra dengan perempuan digunakan sebaik mungkin kerana dia merasakan ada 'kemanisan' yang tersendiri dalam diri, mahluk yang bergelar perempuan. Ditakdirkan Adam bertemu dengan seorang perempuan dikenali sebagai Zulaikha yang rosak moral dan bebas pergaulannya.
Zulaikha
Adam merasa simpati dengan akhlak Zulaikha dan bercita-cita untuk merubahnya, kerana Adam percaya, bukan atas kemahuan Zulaikha untuk bersifat sedemikian rupa. Pasti keadaan sekeliling, cara didikan keluarga dan pengaruh kawan yang menyebabkan Zulaikha berperwatakan begitu. Dengan pengetahuan agama yang cetek, Adam cuba membimbing Zulaikha kepada kebaikan, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Adam semakin mendalami kehidupan Zulaikha yang penuh dengan kegelapan dan mereka semakin rapat bagaikan pasangan suami isteri, sehingga mereka mengisytiharkan kepada rakan-rakan tentang percintaan mereka berdua.
Kini cita-cita Adam yang dulunya panas membara bertukar menjadi seperti debu di jalanan, kerana hanyut dibawa arus kemaksiatan. Dia merasakan percintaan bersama Zulaikha adalah rahmat dari Allah kerana Zulaikha dapat membantu dalam pelajarannya, disamping kebahagian hidup bersama teman hidupnya itu. Perkara ini diketahui oleh kedua orang tua Adam, dan percintaan mereka dihalang keras oleh keluarganya. Namun Adam bermati-matian mempertahankan percintaan mereka sehingga sanggup bersikap biadap kepada kedua orang tuanya. Pertama kalinya Adam menyebabkan air mata ibunya berlinangan.
Disamping cerita Zulaikha, Adam juga ingin merubah sikap atau cara hidupnya yang mudah mesra dengan perempuan itu dengan memperbanyakan kawan-kawan lelaki, dan ingin hidup seperti remaja-remaja kebanyakan, kononnya seperti lelaki 'macho', 'stylo' dan 'gangster.' Dan dia berjaya dalam membina hubungan dengan remaja-remaja kampung dan ditempat belajarnya sendiri, yang datang dari pelbagai latar belakang. Dari hari ke hari, pendirian dan sikap Adam bertambah teruk.
Dia sudah mula terjebak dengan zina, pergaulan bebas, berhibur di kelab malam, rempit, curi motor, rokok dan banyak lagi yang dicubanya. Namun kadang-kadang, jauh disudut hatinya berkata-kata "Kenapa kehidupan aku begini? Seronok, tetapi aku tidak pernah merasa tenang... Masalah pula bertambah-tambah... Bagaimana ibu ayah? Bagaimana Zulaikha bila aku berjauhan dengan dia? Dengan lelaki lain mungkin? Bagaimana agama?" Dan terus soalan-soalan ini dia terfikirkan setiap kali dia membuat maksiat ataupun dia keseorangan.
Dalam masa yang sama dia terus mencari jawapan dan penyelesaian masalahnya disamping maksiat-maksiat yang dia masih lakukan. Kadang-kadang dia mendekati orang-orang tua di kawasan belajarnya, atau pesyarah-pensyarah demi mencari nasihat atau solusi. Semua yang didengarinya disimpan baik dalam kotak memorinya. Kadang-kadang ke masjid atau surau mencari sesuatu, kalau-kalau di sana ada ketenangan. Kadang-kadang sejadah menjadi saksi tangisannya dalam dia mencari makna kehidupan.
Dia masih belum mengerti yang dimaksudkan dengan hidayah dari Allah swt, Al-Quran yang punya pelbagai khabar gembira dan peringatan masih belum menjadi peneman sejati. Kadang-kadang kedengaran bacaan dari surah-surah Al-Quran yang dibaca merdu oleh Adam. Namun maknanya tidak diambil tahu. Adam dalam keluh kesah dan keliru, terumbang-ambing dihempas ombak kehidupan, disamping bisikan-bisikan syaitan yang tidak mengenal erti berputus asa demi meramaikan teman untuk menemaninya dineraka kelak. Adam bagai tiada kekuatan untuk membuat perubahan dalam dirinya sendiri, dan dia terus mengikut arus kehidupan yang penuh 'kebahagian' didalamnya.
Masa berlalu begitu pantas, Adam berasa senang hati apabila dapat menamatkan pengajiannya di peringkat diploma dengan baik. Perhubungan cinta bersama Zulaikha terputus ditengah jalan, selepas mendapat tahu bahawa Zulaikha curang dibelakangnya bersama lelaki lain. Adam sudah berputus asa dengan sikap Zulaikha dan tidak sanggup lagi memimpin Zulaikha yang sememangnya seperti tidak boleh diubah lagi sikapnya. Hanya doa yang mampu Adam panjatkan kepada Illahi demi kebahagian Zulaikha bekas kekasihnya.
Di saat rasa gembira bercampur sebak itu juga, ditambah pula dengan dugaan yang lainnya, dimana dia terlibat dengan kemalangan jalan raya. Mungkin ini satu peringatan dari Allah swt atas perkara-perkara yang dilakukan Adam seperti mencuri motor dan bergadai nyawa di jalan raya demi keseronokan dan duit. Selepas sihat dan pulih daripada luka, Adam lebih berhati-hati dalam menunggang motor dan berhenti dari kegiatan mencuri motor dan merempit di jalanan.
Jauh Dari Pantauan Keluarga
Seperti rata-rata mahasiswa, Adam juga meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah. Satu institusi yang lebih jauh dari pantauan ibu ayah dan bukan satu tempat kemasyarakatan seperti taman-taman dan kampung-kampung. Rata-rata penghuni kawasan ini adalah pelajar dan warga asing yang tiada langsung budaya kemasyarakatan, hidup berjiran dan sebagainya. Semuanya sekadar menjaga hal masing-masing. Adam yang kini tiada teman kekasih merasakan dirinya sunyi, dan seperti biasa Adam dengan sikap peramahnya mencari dan membuat hubungan dengan kenalan baru bagi mewarnai kehidupannya di tempat itu.
Adam menyibukkan diri, menyertai pelbagai kelab di institusi barunya dengan niat mencari kenalan baru. Tiada masalah buat Adam dalam usaha ini, memandangkan dia seorang yang 'versatile' dan peramah. Kerana sibukkan keseronokan, pendidikan Adam menjadi kelam-kabut dan punah, tetapi sedikit rasa terkilan pun tidak dirasainya kerana dikaburi keseronokan yang terlampau. Tiada rasa bersalah dengan ibu ayah lagi, silih berganti perempuan, tiada lagi rasa malu dalam diri, dan tetap dengan perangai buruk yang ada. Dia terus menyalahi Zulaikha yang kononnya, perempuan itu menjadi sebab perangainya buruk.
Adam sudah berputus asa dengan rahmat Allah serta menyalahi Allah yang membiarkan kehidupannya sebegitu rupa. Perbelanjaan yang sia-sia terus dilaburkan dari seorang yang bergelar ayah kepada Adam. Masa terus berlalu pergi, namun Adam tetap sebegitu rupa. Kali pertama dibuang dari institusi kerana 'pointer' yang sangat teruk, Adam membuat rayuan bagi meneruskan hasrat yang kononnya dia ingin membuat perubahan dalam pelajarannya. Setelah rayuan diterima, Adam tetap dengan perangai buruknya, tanpa menghiraukan pelajarannya tetap menagih keseronokan dunia yang penuh kemaksiatan. Adam kini menjadi pembela kemaksiatan atas kesan-kesan dosa yang menyebabkan hatinya keras dan hitam.
Hawa
Ditakdirkan Adam berkenalan dengan seorang perempuan yang dikenali sebagai Hawa. Seorang perempuan yang begitu menagih cinta Adam, kerana sifat Adam yang penyayang dan begitu mengambil berat tentang dirinya. Adam tidak mahu terikat dengan mana-mana perempuan buat ketika itu kerana dia lebih selesa dengan keadaannya yang bahagia disamping kawan-kawan dan silih berganti teman tidurnya. Namun dia merasakan Hawa mencintainya seikhlas hati, lalu menerima cinta Hawa dengan baik.
Kehidupan mereka berdua begitu 'bahagia' sehinggakan Hawa sanggup menyerahkan jiwa dan raga untuk Adam atas nama cinta. Pada hakikat yang sebenarnya, cinta mereka itu tiada dasar dan hanyalah dorongan nafsu semata. Namun Hawa banyak berkorban masa, tenaga dan harta kerana cinta, semata-mata untuk membawa perubahan dalam pendidikan Adam. Namun usahanya bertemu kebuntuan, sehingga Adam disingkirkan dari institusinya buat kali yang kedua. Kali ini Adam tersentak kuat dengan keputusan yang sangat teruk.
Bertubi-tubi persoalan demi persoalan yang memburu benak fikirannya, "Macam mana sekarang? Nak teruskan lagi ke? Pointer dah teruk, teruskan pun tiada guna... Kerje ke? Kalau ibu ayah tahu macam mana? Perlu belajar tempat lain ke? Perlu tukar course ke? Arrrrgghhhhhh...!!!!" jiwanya menjerit kuat.
Tanpa pengetahuan ibu dan ayah, Adam tersungkur keseorangan, menjerit, menangis, menahan kepedihan dan keperitan yang sedang ditanggungnya itu. Mujur Hawa masih lagi disisinya, terus membantu, menyokong Adam dari pelbagai sudut. Dia mempercayai kemampuan Adam untuk membuat perubahan dalam pelajaran dan kehidupannya. Hawa membantu dalam memberi buah fikiran, idea-idea dan sanggup pula berkorban harta dan masa demi untuk membantu Adam. Keikhlasan Hawa membuatkan Adam bertambah ikhlas menyayangi kekasihnya. Dia cuba bangkit dan bertatih semula menuju menara gading sambil dipapah kekasihnya.
Kata putus dari perbincangan mereka berdua ialah supaya Adam memohon di institusi-institusi lain yang sedang menawarkan kemasukan pada ketika itu, sambil mencari pekerjaan sementara bagi memenuhi masa yang terluang ketika menunggukan jawapan dari mana-mana institusi yang dipohon mereka.
Walaupun kisah Adam kali ini penuh kepahitan, dugaan, dan pengorbanan, namun akhlaknya masih belum menampakkan perubahan. Perhubungannya dengan Sang Maha Pencipta masih tidak terjaga, walaupun kadang-kadang terdetik dihatinya, "macam mana nak jadi baik? Haihs..". Malah Adam mengheret kekasihnya juga ke kancah kemaksiatan. Sayangnya, kerana Hawa merasakan selesa dan kemanisan dalam perkongsian hidup bersama Adam, padahal kegelapan menutupi kehidupan mereka berdua.
Titik Kesedaran
Selang beberapa bulan, keputusan permohonan Adam di salah satu institusi diterima dan ditawarkan tempat bagi Adam melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di situ. Kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dapat dilihat dari riak wajah Adam. Tanpa berfikir panjang Adam ditemani kekasihnya menguruskan pinjaman dan pembayaran deposit sebelum memulakan pendidikannya.
Terlintas di kotak fikiran Adam, "apakah pantas untuk aku meneruskan pendidikan dengan attitude aku yang sebegini rupa?" Kini Adam benar-benar menyedari bahawa dia tidak akan dapat pergi jauh dengan akhlaknya yang sangat teruk, maka Adam berusaha mencari mana-mana tempat yang menganjurkan kursus motivasi diri. Seorang kawannya mencadangkan supaya Adam pergi ke satu kursus yang pernah kawannya itu hadiri, dan satu impak positive yang besar berlaku pada diri kawannya kini. Tanpa berfikir panjang dan dipersetujui kekasihnya, Adam turut menghadiri kursus itu dengan hasrat supaya kursus yang akan dihadirinya dapat memberikan impak yang besar dalam dirinya.
Dengan keizinan Allah, suatu yang seperti ajaib terjadi dalam dirinya, seperti seorang yang meraba-raba dalam kegelapan, berjaya melepaskan diri kepada cahaya dengan bantuan sesuatu. Kini Adam memperakui dosa-dosanya dan dia bertaubat dihadapan Allah, memohon keampunan, berjujuran air mata, menggigil dia kerana takut akan dosa-dosanya, sehinggakan Adam begitu takut untuk keluar dewan menghadapi realiti kehidupan yang penuh dusta. Allah berfirman
"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah An-Nur:35)
Kini Adam yang bagai punya dua personaliti, baik dan jahat dalam dirinya saling bercekaran merebut tahta pemerintahan dalam diri Adam. Dengan semangat baru yang berkobar-kobar, dia merangkul segala ilmu agama yang dipelajarinya dibangku sekolah dahulu, menukil kembali nasihat-nasihat yang pernah didengarinya dahulu. Al-Quran yang dulunya sekadar perhiasan kini menjadi teman, semuanya dikumpul dan diletakkan dihadapannya sebagai panduan kehidupan dalam setiap pekara. Allah swt dirasakan dekat, mencintai dan merindui Rasul saw dan Allah swt.
Rutin sehariannya kini mencari keburukan diri, dan perlahan mencari solusi kepada setiap permasalahan dirinya. Prasangka buruk dalam diri hilang, sikap membanding-bandingkan terkubur, riak dan banyak sikap negatifnya yang secara drastik berubah dan hilang dalam diri Adam. Dia kini sangat dahagakan ilmu demi mempertingkatkan akhlak diri dan memperbaiki kehidupan sebagai seorang pelajar dan akan punya kerjaya serta bakal menjadi pemimpin rumah tangga satu hari kelak.
Di institusi barunya, dia menunjukkan kejayaan dalam bidang akedemik dan kokurikulumnya. Namun dalam masa yang sama, kekasihnya Hawa merasakan tidak selesa dengan perubahan yang terjadi dalam diri Adam. Dia seperti kehilangan Adam yang dia kenal dulu, sedikit demi sedikit Hawa menarik diri dari Adam. Cintanya kepada Adam semakin pudar. Mungkin kerana waktu bersama dengan Adam semakin berkurangan, bilamana Adam menghadkan waktu untuk mereka bersama. Adam sudah banyak berubah ke arah ke-Islaman. Keseronokan yang dulunya Hawa nikmati bersama Adam sudah hilang dengan perubahan pada diri Adam.
Ujian Kebenaran Cinta
Niat Adam sekadar ingin menjaga silaturrahim mereka berdua, kerana Adam benar-benar mencintai Hawa dan bercadang untuk memperisterikan Hawa bila habis pengajiannya kelak, disamping ingin menghormati diri Hawa sebagai makhluk ciptaan Allah yang cantik dan bersifat lemah. Mungkin juga Adam terlalu keras dalam membimbing Hawa, yang menyebabkan Adam semakin hilang dari hatinya. Mungkin juga Allah ingin menguji kebenaran cinta Adam kepada Allah swt dan Rasul saw.
Namun perkara ini dilalui tenang oleh Adam, kerana dia kini seorang yang percaya pada ketetapan baik dan buruk oleh penciptanya. Dan dia memaafkan Hawa dan amat bersyukur diizinkan Allah berkenalan dengan manusia yang bernama Hawa. Hanya doa yang mampu Adam panjatkan demi kebahagiaan Hawa untuk dunia dan akhirat.
Adam kini terus dengan perjuangannya, dia perlu meletakkan fokus pada pendidikannya. Disamping memperkuatkan ilmu agama, mempelajari hadis, perbaiki bacaan Al-Quran sambil meningkatkan keimanannya kepada Allah dan Rasul. Dia menjadi seorang yang amat risaukan tentang bagaimana dan cara apa yang perlu dilakukannya bagi menjadikan impian Rasul saw sebagai satu kenyataan sehingga bayi yang terakhir lahir ke dunia pun dapat masuk ke syurga Allah swt. Kehidupannya kini kelihatan bahagia, bagaikan tiada masalah, walaupun berseorangan. Mungkin kerana keyakinannya terhadap bantuan dari Sang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Moga kita sama-sama dapat doakan kesejahteraan Adam. Semoga Adam dapat beristiqamah dan bermujahadah dalam usaha memperbaiki diri dan berdakwah menyebarkan agama Allah.
Allah bersumpah demi jiwa dan seluruh penyempurnaan-Nya. Setelah itu Dia mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan kepada manusia. Maka beruntunglah siapa yang mensucikan hatinya dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Monday 10 October 2011

Jemaah maut jatuh tingkat 9

KUALA LUMPUR: Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.
Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.

Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tuesday 4 October 2011


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun meninggalkan kesan yang sungguh mengerikan. Beribu orang masih hilang tidak dapat dikesan manakala bagunan dan kemudahan awam hancur bagaikan terkena ledakan bom atom hirosima.
Bencana yang lebih menakutkan dunia pasca gempa bumi dan tsunami Jepun adalah kesan radiasi nuklear. Diberitakan kesan radiasi nuklear dari negara timur ini boleh dibawa angin ke barat menyerang benua Amerika. Jika ini belaku pasti akan membawa bencana dunia yang maha hebat.
Ketika Jepun sedang berusaha keras menguruskan masalah kemusnahan tsunami dan radiasi nuklear negara Arab pula sedang bergelut dengan kebangkitan rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku di tanah Arab adalah kebangkitan puak Syiah menentang Sunni. Pergolakan Syiah vs Sunni akan mencetuskan peperangan besar antara Islam yang akan menambah gelora dunia.
Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kemusnahan negara timur, radiasi nuklear yang sedang bergerak ke barat dan demonstrasi di tanah Arab, mungkinkah ini tanda akhir zaman sebagaimana yang telah tercatat dalam banyak buku-buku hadis.

Monday 3 October 2011

info

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Kategori : AKIDAH Akhlak


Tajuk :
Keistimewaan Memeluk Islam !
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
 
(al-Bukahri)


 
Huraian
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.