Wednesday 31 October 2012

10 Wasiat Hasan al-Banna


Kata-Kata Ulamak








Kisah Amar r.a. & Susu

Kisah Amar r.a. & Susu..

Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang panas membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad s.a.w. akan menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar gembira mengena
i syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan agama.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat diwaktu petang dan mengerjakan solat. Binaan ini didirikan dengan batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia menentang musuh-musuh Islam dengan penuh keghairahan dan keberanian. Dalam suatu pertempuran dia telah berkata dengan gembiranya: "Aku akan menemui kawan-kawan aku tak lama lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."
Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia diberi susu. Sambil mengambil susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w.. berkata padaku:"susu inilah minuman kau yang terakhir didunia!"
Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya menentang musuh sehingga ia gugur. Pada masa itu dia telah pun berusia sembilan puluh empat tahun....



sumber : http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original?ref=ts&fref=ts

sae 15w-50




W = 'Winter Grade' atau tahap keadaan suhu enjin ketika suhu rendah (sebelum enjin dihidupkan). Dalam keadaan suhu di Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi melainkan anda simpan kenderaan anda di dalam peti sejuk. :

sae 15w-50


50 = Tahap kelikatan minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C (grad pada suhu ketika ujian kelikatan minyak).

Gambarajah di sebelah hanya menunjukkan secara kasar kaitan antara grad minyak dan suhu.


Apa beza 10W-40 dengan 15W-40 ?

Ketika enjin beroperasi sepenuhnya kelikatan minyak 10W-40 dan 15W-40 adalah sama. Perbezaan hanya pada ketika enjin mula dihidupkan atau berkeadaan sejuk. 10W lebih effisen berbanding 15W jika suhu lebih sejuk dan sesuai untuk enjin mula beroperasi Pada suhu tersebut.

Umumnya 15W adalah memadai bagi keadaan cuaca di Malaysia melainkan anda menyimpan kenderaan anda di dalam peti sejuk.

SAE J300 telah menetapkan sebelas nilai Kelikatan bagi minyak Single-Grade, di mana enam daripadanya diklasifikasikan sebagai Winter-grades dan diberi penunjuk W. 11 nilai kelikatan itu adalah nilai 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50, dan 60. Angka-angka ini sering disebut sebagai 'weight' bagi minyak enjin.

Perbezaan penunjuk dengan W (winter grade) dan tanpa W (non- winter grade) adalah mengikut perbezaan jenis ujian kelikatan pada minyak. Pada asasnya lebih tinggi kelikatan minyak maka lebih tinggi grad kelikatan pada SAE.

Untuk beberapa aplikasi, misalnya apabila suhu ketika penggunaan enjin berkisar dalam kadar yang tidak terlalu besar, penggunaan minyak single-grade adalah berpatutan; misalnya, mesin pemotong rumput, aplikasi industri, dan kenderan-kenderaan vintage atau klasik.

Multi-Grade ?!

Boleh dikatakan kadar julat suhu minyak pada kebanyakan enjin seperti di Malaysia adalah luas, jarak julat suhu enjin sejuk (ketika menghidupkan enjin kenderaan) sehingga suhu panas (ketika enjin beroperasi sepenuhnya).

Pada suhu enjin yang melampau kadar kelikatan untuk minyak Single-Grade tidak dapat digunakan. Maka sesuatu bahan seperti aditif dimasukkan, menjadikan sesuatu minyak itu Multi-Grade; walaubagaimanapun ada juga penghasilan minyak Multi-Grade yang tidak menggunakan aditif. Matlamat sebenar penghasilan minyak Multi-Grade adalah mewujudkan asas kelikatan minyak untuk ketika enjin sejuk dan kelikatan kedua yg sesuai untuk ketika enjin panas/beroperasi. Ini membolehkan satu-satu minyak itu digunakan sepanjang tahun dalam keadaan suhu yang berbeza. Malahan ia juga dipanggil ‘all-season oil’. Pada asasnya kadar kelikatan minyak Multi-Grade bergantung pada keadaan asal semulajadi minyak itu sendiri dan jumlah aditif yang ditambah pada minyak.

SAE pada minyak Multi-Grade merangkumi 2 grad kelikatan minyak; contohnya pada 10W-30. Dua nombor tersebut pada dasarnya dianggap oleh SAE J300 sebagai dua minyak Single-Grade. Oleh itu, minyak 10W-30 mesti melepasi pengkelassan kelikatan SAE J300 untuk kedua-dua 10W dan 30, dan kelikatan minyak Multi-Grade 10W-30 itu terbatas dalam kadar kepekatan itu sahaja (contohnya 10W-30 tidak boleh mencapai kelikatan 5W).

Kebanyakan kenderaan diberi spesifikasi penggunaan grad kelikatan minyak tertentu oleh pengeluar kenderaan, tetapi ia boleh berubah, bergantung pada keadaan lokasi kenderaan digunakan, di mana cuaca atau pengawalan kecekapan bahan api memainkan peranan.


• Menjimatkan Petrol 10%-20%.
• Meningkatkan Kuasa Enjin 20%-30%.
• Memanjangkan Jangka Hayat Enjin.

1. Tahan tekanan lampau & menangkis hakisan pada enjin.
- enjin dilindungi
2. Meningkatkan kuasa enjin.
- lebih laju
3. Formulasi EP/AW.
- minyak untuk pemanduan lasak / agen yang menghindari kehausan enjin
4. Membolehkan pergerakan enjin yang lebih stabil & senyap.
- tiada gangguan ketika memandu
5. Mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petrol, diesel & gas.
- menjimatkan wang untuk perjalanan lebih jauh
6. Penukaran minyak boleh melebihi 10,000 km.
- lebih jimat wang dan masa
7. Menghakis @ mencegah tompokan kotoran minyak.
- enjin kelihatan seperti baru
8. Mengekalkan pelinciran terbaik bagi permukaan keluli yang bersentuhan.
- enjin lebih lancar dan senyap




Sumber : http://rohai-o-jtx1000.blogspot.com/

apakah itu formula tribology?



   formula tribology
tribology adalah ilmu dan teknik interaksi relatives dalam permukaan yang bergerak.ini merangkumi kajian dan pelaksanaan prinsip-prinsip geseran,pelupasan dan memakai. Kata 'tribology' berasal dari bahasa Greek-τριβ akar dari kata kerja - tribo "Ι menggosok", dan akhiran loji.


TRIBOLOGY memainkan peranan yg penting dalam industry insfratruktur.dalam operasi logam yang bergerak,geseran antara logam akan meningkatkan daya dalam pergerakan logam yg bersentuhan..hal ini akan mengakibatkan kos yg meningkat dalam pengantian alat ganti dan pengunaan minyak petrol.dengan tercipta nya formula tribology satu lapisan pelincir ini tercipta sekaligus dapat mngurangkan pergeseran dan pengunaan daya tekanan dalam pergerakan enjin..dengan formula tribology ini,ia juga dapat membantu melindungi komponen enjin yg bergerak dalam keadaan ekstreme dan dapat mengurangkan kerosakan komponen enjin.



Saturday 27 October 2012

JTX 1000-Engine Oil





Saya adalah pengedar sah minyak Jtx 1000 
bagi kawasan Bangi & sekitarnya.
013-4504591(ramzi)

Sedikit Info mengenai minyak Jtx 1000

Sedikit ilmu utk dikongsi.
JTX 1000 - World's Best Lubricants
JTX 1000 SL/CI-4 SAE15W/50 (MULTI GRADE)
World's Best Lubricants.


Minyak Pelincir JTX 1000 untuk Honda,Proton,Perodua,Mercedes,BMW,Hyundai dan banyak lagi.. Ia adalah mineral oil yang setara malah lebih baik dr prestasi minyak Fully Synthetic..

JTX 1000 adalah minyak pelincir berprestasi tinggi yang dirumus khas menggunakan teknologi bahan anti haus dan per
awat enjin terkini. Minyak JTX ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan dan menepati spesifikasi dan standart piawaian antarabangsa. Minyak pelincir ini berbeza daripada minyak pelincir sekelasnya di dipasaran. JTX bukan sekadar pelincir biasa tetapi ia juga sebagai pelindung dan perawat enjin kenderaan anda. Semua minyak pelincir JTX tidak memerlukan sebarang minyak pelincir tambahan lain, seperti yang diamalkan oleh sesetengah pemilik kenderaan.

CIRI-CIRI JTX-1000
Sesuai untuk diesel / petrol

EP/AW dicampur ibu minyak ( EP-tekanan lampau, AW-tiada kehausan)
Mengurangkan kepanasan semasa perjalanan (menyejukkan engine)
Mengeluarkan satu filem dalam engine
Tiada kehausan pada engine (semasa kekeringan minyak)
Membersihkan komponen dalaman engine (Anti Rust - tahan karat)
Memanjangkan jangka hayat engine

KEPUASAN PELANGGAN
-Menjimatkan bahan bakar (petrol/diesel)
-Meningkatkan kuasa enjin (pikup)
-Membolehkan pergerakkan engine yang lebih stabil dan senyap
-Minyak pelincir yang dijamin kualiti dgn sijil ISO 9001 / SUPERBRAND
-Mengadungi agen pembersih enjin

RINGKASAN:

Ciri-ciri Minyak Pelincir JTX 1000 :
-Diperkuatkan dengan agen penahan tekanan dan agen pencegah geseran untuk mencapai
perbatuan 15,000km
-Meningkatkan kuasa enjin
-Mengurangkan suhu semasa perjalanan
-Membolehkan pergerakan enjin yang lebih stabil dan senyap
-Mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petrol, diesel atau gas
-Bersesuaian dengan kenderaan yang menggunakan minyak petrol dan minyak diesel
-Minyak pelincir yang dijaminkan kualiti dengan Sijil ISO 9001

Agen Yang Menahan Tekanan Dan Mencegah Geseran.
Membekal pelinciran yang secukupnya dan mencegah geseran.
Agen Beralkali.
Meneutralkan bahan asing berasid yang terbentuk dalam enjin.
Pencegah Hakisan.
Mencegah hakisan bahan-bahan berasid yang terbentuk pada permukaan keluli dalam enjin.
Agen Anti Pengoksidaan.
Mengurangkan dan mencegah tumpuan kotoran minyak.
Agen Pembersihan.
Mencegah minyak yang kotor serta kotoran lain yang terlekat pada permukaan keluli dalam enjin.
Agen Penghapusan.
Mengekalkan kelinciran yang secukupnya bagi permukaan keluli yang bersentuhan.
Mencegah tumpuan kotoran minyak dari mengumpul. Kedua-duanya bertujuan untuk mencegah tapisan

Harga Jualan RM 170.00(Market Price)



SUDUT PENGETAHUAN UMUM....

Ada apa dgn 'W'? Contoh 15W50 (JTX 1000)

W = 'Winter Grade' atau tahap keadaan suhu enjin ketika suhu rendah (sebelum enjin dihidupkan). Dalam keadaan suhu di Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi untuk menghidupkan kenderaan anda.

50 = Tahap kelikatan minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C (grad pada suhu ketika ujian kelikatan minyak).

Apa beza 10W-40 dengan 15W-40 ?

Ketika enjin beroperasi sepenuhnya kelikatan minyak 10W-40 dan 15W-40 adalah sama. Perbezaan hanya pada ketika enjin mula dihidupkan atau berkeadaan sejuk. 10W lebih effisen berbanding 15W jika suhu lebih sejuk dan sesuai untuk enjin mula beroperasi Pada suhu tersebut.


*****************************************************

Kebaikan dan keburukan minyak mineral dan synthetic...

PENGELUAR MINYAK TERBESAR DI DUNIA CUMA ADA 4 SAHAJA.IAITU....:-

1 - EXXON

2 - DUPON

3 - LUBZOIL

4 - GOLBERG - SUPPLY JTX, DMX, TURBO OIL, JET TURBO EX

PENGELUAR MINYAK SEPERTI EXXON,DUPON, LUBZOIL MENGHASIL KAN MINYAK MEREKA DARIPADA MINYAK MINERAL DAN FOMULASI 4 BAHAN KIMIA..

ANTARA 4 BAHAN KIMIA YG DIHASILKAN IAITU :-

1 - CEFLON

2 - TEFLON

3 - CHLORINE

4 - PARAFIL

DENGAN KEEMPAT-EMPAT BAHAN KIMIA INI SENDIRI MAKA TERHASILLAH MINYAK TIRUAN IAITU FULLY SYNTHETIC..

JIKA KEEMPAT2 BAHAN KIMIA INI BERCAMPUR DGN MINYAK MENTAH(MINERAL) MAKA TERHASILLAH MINYAK SEMI SYNTHETIC..

DENGAN ADANYA 4 BAHAN KIMIA INI MAKA ENJIN ANDA AKAN DIPENUHI DGN SLUDGE/CARBON TAHI MINYAK DAN YG SEDARA-MARA DGNNYA..

SEBAB ITU KEBANYAKKAN ENJIN SEKARANG MEMILIKI OIL FILTER/PENAPIS MINYAK..

SOALAN

KENAPA EXXON , DUPON , LUBZOIL LEBIH BANYAK MENGHASILKAN MINYAK FULLY SYNTHETIC DPD MINYAK MINERAL???

JAWAPAN

KETIGA-TIGA PENGELUAR MINYAK YG DINYATAKAN TD TELAH CUBA SEDAYA UPAYA MEMPROSES MINYAK MINERAL UNTUK MAMPU MENCAPAI KADAR PENUKARAN MINYAK SEHINNGA 5000 KILOMETER PENGGUNAAN PADA KENDERAAN TETAPI GAGAL!!!

MEREKA AKHIRNYA MENGAMBIL LANGKAH MENCIPTA MINYAK TIRUAN DPD 4 BAHAN KIMIA ITU YG MAMPU MENCAPAI KEGUNAAN MELEBIHI 5000 KM PADA KENDERAAN..

SOALAN

MENAGPA MINYAK FULLY SYNTHETIC MAHAL??DAN SEMI SYNTHETIC SEDERHANA MAHAL DAN MINERAL MURAH???

JAWAPAN

KERANA MINYAK FULLY SYNTHETETIC MELALUI PROSES BUATAN DARI BAHAN KIMIA DAN MINYAK MINERAL HANYA MELALUI PROSES DESTILASI/PENYULINGAN..KENAPA MINYAK SEMI SEDERHANA MAHAL KERANA.....
LU PK LAH SENDIRI....
HEH HEH HEH

************************************************

WALAU BAGAIMANA PUN HANYA MINYAK MINERAL SAHAJA YG MAGNET PADA BESI...JIKA ANDA TIDAK PERCAYA PERHATIKAN GAMBAR RAJAH BAWAH..

INI ADALAH MINYAK FULLY SYNTHETIC MOTUL

INI PULA ADALAH MINYAK MINERAL

KESIMPULANNYA MINYAK MINERAL SAHAJA YG MAGNETIC PADA BESI DAN MINYAK TIRUAN TIDAK LANGSUNG MAGNETIC PADA BESI.. ;

PENGELUAR MINYAK TERBESAR DI DUNIA IAITU GOLBERG ASS TELAH BERJAYA MENGHASILKAN FOMULA DIMANA MINYAK HITAM MINERAL MAMPU MELEBIHI PENGGUNAAN SEHINGGA 10 000 KM HANYA DENGAN FOMULASI BARU MEREKA IAITU CA , CO3CALSIUM CARBONAT...

DENGAN FOMULASI CALSIUM CARBONAT KEDALAM MINYAK MINERAL YG TELAH DI DESTILASI MAKA AKAN TERHASIL SECARA KIMIA IAITU T.C.F(TRIBO CLEAR FILM)

T.C.F ITU AKAN MENYELAPUTI ENJIN KITA DALAM APA SITUASI SEKALIPUN CTH :-

- WAKTU PAGI DIMANA MINYAK HITAM KITA MENDAP KEBAWAH
- WAKTU MINYAK HITAM KITA LEAKING SEHINGGA KOSONG SEKALIPUN..(MAMPU BERJALAN TANPA MINYAK HITAM SEJAUH 3000 KM)
- WAKTU MOTOR/KERETA KITA DITINGGALKAN SEHINGGA 1 THUN LAMANYA
- WAKTU ENJIN KITA DIMASUKI AIR (BANJIR)

D.LL

*****************************************************

SEJARAH GOLBERG ASS

SEBELUM INI SEJAK ERA 90AN GOLBERG ASS TELAH SUPLY MINYAK JTX,DMX,TX KEPADA INDUSTRI KILANG YG MENGGUNAKAN ENJIN DESEL..SEKARANG MEREKA TIDAK LG SUPLY KPD KILANG2 ITU KERANA BERLAKUNYA PERUBAHAN TEKNOLOGI MASA KINI DIMANA KILANG2 SEKARANG LEBIH MENGGUNAKAN TENAGA NUKLER,ELEKTRIK DAN BEBERAPA TEKNOLOGI BARU UNTUK MENGGANTIKAN ENJIN DESEL..OLEH YG DEMIKIAN MAKA GOLBERG ASS MEMPERKENALKAN MINYAK MEREKA KPD KITA.(PENGGUNA KENDERAAN)

MEREKA MEMFOMULASI KAN KEMBALI MINYAK JTX,DMX,TX INI SUPAYA SESUAI UNTUK SEMUA JENIS ENJIN SEPERTI MOTOSIKAL,KERETA,KAPAL TERBANG,KAPAL SELAM DAN SEBAGAINYA SUPAYA MINYAK INI MUDAH DIJUAL DALAM BENTUK KUANTITI SUPAYA DAPAT MENGURANGKAN KOS BUNGUSAN DAN KOS




Wednesday 24 October 2012

JIHAD Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary



1. Dalam satu pertemuan dengan TS Mokhtar Al-Bukhary, beliau pernah berkata bahawa pengambilalihan Gardenia dan Proton bukanlah satu langkah yang 'financially strategic', tetapi ini adalah jihad beliau untuk Bangsa Melayu yang beragama Islam.

2. Mengapa bukan satu pengambilalihan yang tidak 'financially strategic'?

3. Kita semua tahu bahawa bebanan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat ini tid
ak akan memberikan satu pulangan yang lumayan kepada beliau.

4. Tetapi apakah yang ada pada Gardenia dan Proton sehinggakan beliau mengatakan bahawa itu adalah satu Jihad?

Gardenia

1. Sebelum Gardenia diambil alih oleh TS Mokhtar, Gardenia berada di bawah 'supply-chain' orang bukan Islam.

2. Dan sebelum itu juga terdapat beberapa kes kedengaran mengenai Gardenia itu tidak halal, mengandungi unsur yang haram.

3. Majoriti yang menggunakan label Gardenia adalah daripada bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Cuba bayangkan sekiranyalah terdapat individu yang mempunyai niat khianat dan meletakkan walau setitis pun minyak babi ke dalam campuran tersebut, kesannya akan sampai kepada siapa?

5. Maka dengan inisiatif untuk menjaga label Gardenia ini supaya tidak tercemar dengan perbuatan sedemikian, datanglah satu rasa tanggung jawab kepada TS Mokhtar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

6. Sekiranya angin tidak bertiup masakan pohon boleh bergoyang.

Proton

1. Satu fakta menarik tentang Proton Holdings ini beserta dengan anak syarikatnya sekali adalah seramai hampir 20,000 orang pekerja.

2. Jika termasuk sekali dengan pengedar dan pusat servisnya, jumlah ini meningkat kepada hampir 35,000 orang secara tidak langsung.

3. Dan hampir 80% daripada jumlah mereka yang menerima secara langsung ataupun tidak adalah mereka yang terdiri daripada Bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Disebabkan adanya Proton ini, maka nasib 35,000 orang telah terjamin dengan adanya pekerjaan.

5. Sekiranya rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu faham asas penubuhan Proton itu sendiri, maka sebagai satu dasar perjuangan bangsa seperti mana yang dilakukan oleh rakyat Jepun dan Korea, orang Melayu sendiri akan memperjuangkan Proton itu dan akan menyokong produk-produk syarikat ini.

6. Dengan setiap RM 1.00 yang dibelanjakan oleh anak Melayu kepada Proton, duit tersebut akan memberi makan semula kepada anak Melayu yang lain. Inilah yang rakyat Jepun dan Korea faham tentang perjuangan bangsa dan Nasional.

7. Dan sekiranya kita katakan bahawa rakyat Jepun dan Korea menyokong produk mereka kerana produk mereka sememangnya baik, ingatlah bahawa pernah ada waktunya yang syarikat-syarikat mereka ini seperti Proton yang baru hendak bermula.

8. Dengan sokongan daripada rakyat mereka sendiri maka teknologi automotif itu dapat dipacu dengan lebih laju.

9. Atas dasar kesedaran inilah, TS Mokhtar Al-Bukhary mengambil alih Proton kerana kebajikan 35,000 orang pekerja kini berada di bawah beliau.

10. Walaupun rugi dan mengalamai beberapa masalah, tetapi beliau tetap berani untuk mengambil alihnya sendiri dengan harapan teknologi automotif dapat dipacu dan rakyat Malaysia kembali yakin dengan produk-produk Proton.

Jihad

1. Dapat dilihat bahawa kedua-dua pengambil alihan ini bertujuan untuk menyelamatkan bangsa Melayu yang beragama Islam. Bukankah ini dapat dilihat sebagai satu bentuk pengorbanan?

2. Memang benar terdapat orang lain yang boleh mengambil alih kedua-dua syarikat ini tetapi syarikat mana lagi yang bernai untuk mengambil keputusan yang tidak menguntungkan ini.

3. KTMB, Penang Port dan banyak lagi yang perlu dipegang oleh orang Melayu untuk kesejahteraan orang Melayu adalah dibawah perancangan beliau.

4. Tetapi malangnya, sesetengah individu melihat ini sebagai satu bentuk monopoli oleh beliau.

5. Sekiranya ada individu lain yang inginkan syarikat-syarikat tertentu, maka tawarlah bidaan ini seperti mana yang beliau lakukan. Jangan salahkan TS Mokhtar kerana beliau berani untuk mengambil risiko-risiko sedemikian.

Kekayaan TS Mokhtar

1. Sekiranya ditanyakan kepada TS Mokhtar atas kekayaan beliau sebanyak USD 3.3 Billion, tanyalah di mana letaknya nilai tersebut.

2. Ia terletak kepada jumlah aset, saham anak syarikat serta pelaburan-pelaburan yang beliau lakukan dan bukannya dalam bentuk nilai tunai.

3. Hasil daripada perniagaan beliau juga disalurkan kepada pelbagai badan kebajikan serta yayasan seperti yayasan beliau sendiri iaitu Yayasan Al-Bukhary.

4. Dengan hasil pendapatan yang tinggi juga perludiingatkan bahawa cukai dan zakat juga terpakai ke atas beliau.

5. Secara tidak langsung, cukai-cukai serta zakat yang beliau bayar daripada puluhan syarikat-syarikat beliau termasuk dirinya sendiri akhirnya akan ke kantung pendapatan negara dan akhirnya kepada kita juga, rakyat Malaysia.

6. Secara tidak langsung, rakyat menikmati hasil kekayaan beliau melalui cukai dan orang Melayu yang beragama Islam ini dapat juga menikmatinya melalui saluran zakat yang beliau berikan.

7. Dan individu yang memberi inilah yang rakyat Malaysia kecam, yang rakyat Malaysia cerca, yang rakyat Malaysia cerca. Walhal, kita secara tidak langsung pun menerima hasil daripada beliau.

8. Kerana itulah perlunya ada bangsa Melayu yang beragama Islam ini untuk menjadi usahawan-usahawan antarabangsa kerana akhirnya hasil itu dapat dikongsi bersama melalui sumbangan-sumbangan zakat.

9. Cuba kita lihat yang meraung-raung di jalan raya melaungkan "Duit rakyat! Duit rakyat!" dan kita tanya adakah mereka ini membayar cukai pendapatan?

9a. Lebih daripada separuh daripadanya berpendapatan kurang dari RM 3000 sebulan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.

9b. 'Duit rakyat' mana mereka perjuangkan kalau tidak duit 'taikun-taikun' yang majoritinya bukan berbangsa Melayu.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

Tuesday 16 October 2012

Solat SUBUH

“Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Tuesday 9 October 2012

HADIS

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Monday 8 October 2012

Cara Mudah Bangun Tidur

Apabila seseorang itu tidur,maka terikatlah ia dengan tiga ikatan iblis, maka kaifiat untuk membukanya ialah:-


i)   Ikatan pertama akan terbuka bila kita menyebut alhamdulillah selepas bangun tidur.

ii)  Iktan kedua akan terbuka dengan mengambil wudhuk dan,

iii) Ikatan yang terakhir akan terlerai dengan mendirikan sembayang fardhu subuh.

Taqwa

Taqwa ibarat kita berjalan di atas duri-duri dimana kita perlu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Wednesday 3 October 2012