Monday 11 March 2013

Kelikatan JTX 1000 yang bersifat melindungi


Kelikatan adalah sifat fizikal yang paling penting pada minyak pelincir. Pada suhu yang pelbagai, kadar geseran (shear rate) dan tekanan yang tinggi menentukan prestasi minyak pelincir di dalam enjin. Minyak pelincir juga harus tahan terhadap pengoksidaan, juga mampu membentuk lapisan pelindung untuk mengatasi kehausan pada enjin.

Lapisan pelindung yang menyaluti permukaan di antara dua permukaan logam yang bergerak diukur oleh kelikatan dinamik (Dinamic Viscosity), yang diukur dalam unit saat millipascal (mPa.s). Lebih tepat lagi, kelikatan dinamik berkadaran dengan shear stress (daya geseran yang bertindak pada minyak per unit luas).

Bagi JTX 1000, lapisan pelindung khas iaitu Tribologi Clear Film (TCF) dan Extream Pressure (EP) yang diformulasikan bagi melindungi setiap permukaan yang berpotensi kepada geseran dan mampu bekerja walaupun enjin kehilangan minyak pelincir akibat kebocoran yang tidak disedari.

No comments:

Post a Comment